Tuesday, 9 August 2016

A travel and food blog for you!

Assalamualaikum and hai!

Allahuakbar its been a long longgg time since I post my last entry. It's seriously a long time ago haha. So sekarang dah macam blur tak tahu nak menulis. Cehhh padahal hari hari mengadap laptop buat coding bagai. But it's in .Net languange. Dont mind if korang nak baca blog dalam bahasa .Net, aku boleh tulis haha. Poyo!


Well actually I had revamped my blog since when I forgot already, just because to remove all the unnecessary posts from previous years. Bukan senang nak remove ni. Even can only click delete button but well yeah its kinda memorable to me as well T_T. But for good deed, I have to :)

So if korang notice (macam lah ramai frequent reader kan, but tak kesah haha), header blog ni dah bertukar and upcoming entry nanti aku nak khaskan hanya untuk my travel journey and food hunting entry. And resipi masakan if aku ada masa masak lol.

Actually dah lama aku buat food hunting dalam malaysia ni. Kalau dalam instagram @ainsyazanajamaludin aku akan guna #ainsyazanalepakmakan dan untuk travel pulak #ainsyazanamakanangin. Bukan over tapi untuk senang aku nak cari balik nanti haha. And for you as well.

Heyyy macam best pulak tulis dalam blog ni haa. Dah lama tak asah skill menulis haha. Follow my Easter Europe travelogue soon!




Marina Bay Sands, Singapore


Sunday, 24 August 2014

Sabah Trip: Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Assalamualaikum

Keseorangan di rumah pada hujung minggu telah membuatkan diriku menulis entry dua kali dalam sehari. Apakah?!

Sebenarnya aku nak sambung cerita pasal trip ke Sabah hujung tahun lepas. Eh ye ke? Lupe pulak sebab macam dah lama tapi kenangan tu macam baru semalam pergi. Poyo. *pang sebijik

Desa Cattle Dairy Farm ni orang kata macam Switzerland versi Sabah. Sebelum pergi Sabah itu hari verangan jugak lah nak datang sini. Tup tup my wish granted. Thank youuu orang orang berkenaan haha.


Adakah kerana lembu lembunya seperti lembu di Switzerland lalu mereka menamakan ini Switzerland versi Sabah? Atauuu


Kerana angin yang maha sejukkkk yang mana aku terpaksa sentiasa kelihatan ayu memegang tudung all the time? Wkwkwkwk

Tapi seriesly tempat ni memang best yang korang patut singgah bila datang Sabah. Janji okay?

Tak cukup dengan sejuk, kat sini ada jual produk yang berasaskan susu lembu. You name it, susu, ais krim, waffle ais krim. Dan tak lupa jugak key chain, fridge magnet sebagai buah tangan untuk orang semenanjung. Omagaddd!


Makan ais krim lemak manis pada suhu Switzerland. Korang paham tak macam mana rasa dia haha


Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang ni memang fuhh mencabar giler perjalanannya. Berapa kali entah aku tertido dalam kereta walaupun kereta belok kiri belok kanan sesuka hati. Sebab Kundasang ni kawasan berbukit. Macam Cameron Highlands gitu. Tapi bila sampai sini memang worth it orang kata. Dengan sayur dan buah fresh dijual  di tepi jalan. Terus rasa nak stay Kundasang seumur hidup haha.


Sebelum balik sempatlah jugak bergambar dengan lembu lembu sambil fefeling di Switzerland. Konon sangat haha.


Sebab susu lembu dia memang wallahhh so kitorang beli 3 4 kotak bawak balik hotel haha. Rasa susu coklat dia memang ingat sampai sekarang tau. Bila dapat peluang pergi lagi confirm aku borong lagi susu ni hihi.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang aku sempat pergi kat Sabah tu, tapi tunggulah entry lain ye. Mohon sabar dan mohon diri sendiri rajin update blog :)


Thanks for reading!