Sunday 24 August 2014

Sabah Trip: Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Assalamualaikum

Keseorangan di rumah pada hujung minggu telah membuatkan diriku menulis entry dua kali dalam sehari. Apakah?!

Sebenarnya aku nak sambung cerita pasal trip ke Sabah hujung tahun lepas. Eh ye ke? Lupe pulak sebab macam dah lama tapi kenangan tu macam baru semalam pergi. Poyo. *pang sebijik

Desa Cattle Dairy Farm ni orang kata macam Switzerland versi Sabah. Sebelum pergi Sabah itu hari verangan jugak lah nak datang sini. Tup tup my wish granted. Thank youuu orang orang berkenaan haha.


Adakah kerana lembu lembunya seperti lembu di Switzerland lalu mereka menamakan ini Switzerland versi Sabah? Atauuu


Kerana angin yang maha sejukkkk yang mana aku terpaksa sentiasa kelihatan ayu memegang tudung all the time? Wkwkwkwk

Tapi seriesly tempat ni memang best yang korang patut singgah bila datang Sabah. Janji okay?

Tak cukup dengan sejuk, kat sini ada jual produk yang berasaskan susu lembu. You name it, susu, ais krim, waffle ais krim. Dan tak lupa jugak key chain, fridge magnet sebagai buah tangan untuk orang semenanjung. Omagaddd!


Makan ais krim lemak manis pada suhu Switzerland. Korang paham tak macam mana rasa dia haha


Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang ni memang fuhh mencabar giler perjalanannya. Berapa kali entah aku tertido dalam kereta walaupun kereta belok kiri belok kanan sesuka hati. Sebab Kundasang ni kawasan berbukit. Macam Cameron Highlands gitu. Tapi bila sampai sini memang worth it orang kata. Dengan sayur dan buah fresh dijual  di tepi jalan. Terus rasa nak stay Kundasang seumur hidup haha.


Sebelum balik sempatlah jugak bergambar dengan lembu lembu sambil fefeling di Switzerland. Konon sangat haha.


Sebab susu lembu dia memang wallahhh so kitorang beli 3 4 kotak bawak balik hotel haha. Rasa susu coklat dia memang ingat sampai sekarang tau. Bila dapat peluang pergi lagi confirm aku borong lagi susu ni hihi.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang aku sempat pergi kat Sabah tu, tapi tunggulah entry lain ye. Mohon sabar dan mohon diri sendiri rajin update blog :)


Thanks for reading!

Resepi: Agar Agar Milo/Vico/Coklat Jimat

Assalamualaikum korangggg!

Selamat pagi yang dah nak menjelang tengah hari hehe.

Dah lama tak up post pasal resepi. Padahal selalu je masuk dapur buat resepi yang entah pape. Tapi Alhamdulillah menjadiiii. Eh angkat bakul sendiri nampak wkwkwk.

So anyway harini nak share satu resepi mudah . Tak pasti relevan ke tak resepi ni untuk di share dalam blog sebab simple gilerrrr resepi dia okay. Tapi walaupun simple aku tengok banyak jugak blog blog up entry pasal agar agar coklat ni atau lebih dikenal sebagai agar agar Milo. Bagus bagus!

Bahan Bahan yang confirm senang nak cari di supermarket or even kedai runcit mamak:

1) Agar agar tali
2) Susu pekat manis
3) Milo/Vico
4) Gula

Cara Cara yang semudah abc uolss:

1) Basuh agar agar tali sehingga lembut


2) Masakkan agar agar tersebut bersama sedikit gula dan air secukupnya.

3) Sementara itu, bancuh Milo/Vico + Susu pekat manis dengan air panas.


Aku guna Vico sebab Milo kan boikot heee. Though its a less effort but I tried :)

3) Bila agar agar dalam periuk tadi dah hancur betol betol, toskan ke dalam bekas bersama bancuhan Milo/Vico.

4) Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas cantik cantik.

5) Simpan dalam peti ais dan makannnnn!


Maafkan saya sebab potongan agar agar tidak simetri. Aku adalah sejenis manusia yang tidak balance dalam hidup. Padahal gelojoh bangun pagi pagi terus bukak fridge nak makan agar agar haha.

Ya ampun senangnyeee lahai nak bahagiakan hati ni kan. Kalau yang dah kahwin boleh buat untuk suami dan anak anak. Makan agar agar sejuk pada waktu petang sangatlah nikmat tahu haha.

Well resepi ni aku buat semalam dalam pukul 12 malam gitu. Wahwah tangkas update blog tau. Gigih okay sebab harini kan ahad boleh lah makan agar agar sambil nonton tv walaupunn sorang sorang kat rumah. Sigh T_T

*Kalau ikotkan aku tak ada sukatan spesifik buat mana mana resepi sebab aku jenis yang main campak je bahan bahan. Alhamdulillah setakat ni menjadi je wiwiwii.



Thanks for reading!