Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

Resepi: Agar Agar Milo/Vico/Coklat Jimat

Assalamualaikum korangggg!

Selamat pagi yang dah nak menjelang tengah hari hehe.

Dah lama tak up post pasal resepi. Padahal selalu je masuk dapur buat resepi yang entah pape. Tapi Alhamdulillah menjadiiii. Eh angkat bakul sendiri nampak wkwkwk.

So anyway harini nak share satu resepi mudah . Tak pasti relevan ke tak resepi ni untuk di share dalam blog sebab simple gilerrrr resepi dia okay. Tapi walaupun simple aku tengok banyak jugak blog blog up entry pasal agar agar coklat ni atau lebih dikenal sebagai agar agar Milo. Bagus bagus!

Bahan Bahan yang confirm senang nak cari di supermarket or even kedai runcit mamak:

1) Agar agar tali
2) Susu pekat manis
3) Milo/Vico
4) Gula

Cara Cara yang semudah abc uolss:

1) Basuh agar agar tali sehingga lembut


2) Masakkan agar agar tersebut bersama sedikit gula dan air secukupnya.

3) Sementara itu, bancuh Milo/Vico + Susu pekat manis dengan air panas.


Aku guna Vico sebab Milo kan boikot heee. Though its a less effort but I tried :)

3) Bila agar agar dalam periuk tadi dah hancur betol betol, toskan ke dalam bekas bersama bancuhan Milo/Vico.

4) Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas cantik cantik.

5) Simpan dalam peti ais dan makannnnn!


Maafkan saya sebab potongan agar agar tidak simetri. Aku adalah sejenis manusia yang tidak balance dalam hidup. Padahal gelojoh bangun pagi pagi terus bukak fridge nak makan agar agar haha.

Ya ampun senangnyeee lahai nak bahagiakan hati ni kan. Kalau yang dah kahwin boleh buat untuk suami dan anak anak. Makan agar agar sejuk pada waktu petang sangatlah nikmat tahu haha.

Well resepi ni aku buat semalam dalam pukul 12 malam gitu. Wahwah tangkas update blog tau. Gigih okay sebab harini kan ahad boleh lah makan agar agar sambil nonton tv walaupunn sorang sorang kat rumah. Sigh T_T

*Kalau ikotkan aku tak ada sukatan spesifik buat mana mana resepi sebab aku jenis yang main campak je bahan bahan. Alhamdulillah setakat ni menjadi je wiwiwii.



Thanks for reading!

Monday, 18 November 2013

Resepi Beverages: Smoothies De Mareo

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

 
Smoothies De Mareo

Assalamualaikum readers!

Nah kali ni pulak aku nak share satu lagi resepi original dari aku sendiri iaitu Smoothies De Mareo. Kenapa Mareo? Sebab bahan utama resepi ni adalah tak lain tak bukan Kurma dan Oreo!

Resepi yang menggunakan Nestle Natural Set Yogurt yang aku buat sebelum ni adalah kategori dessert. Jadi memang sesuai sangat lah kalau dimakan bersama Smoothies De Mareo ni. Okay jom aku share resepi super duper mudah ni.

Penyediaan Masa Memasak: 7 minit 14 saat
Jenis Resepi: Minuman (Beverages)

Bahan bahan Utama:

1) Nestle Natural Set Yogurt
2) Kurma 7 Biji (Dibuang Biji)
3) Biskut Oreo 3 Keping (Di buang Krim)
4) Susu Pekat 1 Sudu
5) Air 
6) Ais secukupnya


Langkah 1: Kisar Nestle Natural Set Yogurt + Kurma + Susu Pekat + Air + Ais

Langkah 2: Hancurkan Biskut Oreo 

Biskut Oreo yang telah dihancurkan kecik kecik


1) Campurkan biskut Oreo yang dihancurkan tadi ke dalam bahan bahan yang telah dikisar (Langkah 1) seperti gambar di atas.

2) Hiaskan Smoothies tersebut mengikut kreativiti anda anda andaaaaa!

Tadaa da siap pun Smoothies De Mareo ni. Resepi yang tak sampai pun 10 minit okay. Sambil sambil update dekat Facebook, Instagram pun boleh lagi siapkan Smoothies De Mareo ni taw. Memang tak rugi pun.

Kalau minum Smoothies ni waktu petang petang macam ni memang umphhh lah. Nak nak makan dengan Caramel Yogurt Mareo pulak!  Alahaiii ^_____^

Nestle Natural Set Yogurt

Dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ni memang tak akan hampa langsung. Serious! Semua masakan boleh jadi marvellous kalau guna produk ni okay. Tak percaya? Nah sila klik sini: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset


Thank for reading ya!



Resepi Dessert: Caramel Yogurt Mareo

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Assalamualaikum and hai uolss!

Seminggu jugak lah tak update ape ape kan tup tup publish sponsored post lah pulak. Memandangkan entri resepi memang bagi tuah untuk blog aku dari dulu sampai sekarang, mana taknya hits untuk resepi resepi sebelum ni memang tinggi, so aku rasa terpanggil untuk publish entri ni. Eceh.

Tak mau tulis panjang panjang, meh aku kongsi kan resepi baru yang memang confirm tak pernah orang buat dan dijamin tak ada jual dekat mana mana kedai pastri ke kedai kek ke malah Secret Recipe!

 Caramel Yogurt Mareo


 Biskut Oreo

 Kurma Dibuang Biji

Penyediaan Masa Memasak: 20 minit
Jenis Resepi: Pencuci Mulut (Desserts)

Bahan bahan Utama: 

1) Nestle Natural Set Yogurt
2) Kurma 7 Biji (Dibuang Biji)
3) Biskut Oreo 5 Keping
4) Gula 2 Sudu
5) Telur 5 Biji
6) Essen Vanilla

 Langkah 1: Panaskan Gula


1) Panaskan 2 sudu gula di atas frying pan sehingga nampak keemas emasan dan sedikit pekat.

Langkah 2: Kisar Kurma, Telur, Essen Vanilla dan Nestle Natural Set Yogurt


1) Okay sementara korang panaskan gula tadi, korang boleh jimatkan masa dengan kisarkan bahan bahan yang lain seperti dalam gambar di atas.

2) Aku nak ingatkan, korang haruslah rasa terlebih dahulu bahan bahan yang dikisar tu dulu ye. Mana lah tahu kurang manis ke terlebih masam ke. Al maklumlah yogurt ni masam sikit hihi.

Langkah 3: Letakkan Di Dalam Acuan dan Kukus 10 minit


1) Masukkan sedikit gula yang dipanaskan tadi (Langkah 1) ke dalam acuan.


2) Masukkan Bahan bahan yang dikisar (Langkah 2) dan Biskut Oreo satu keping tanpa krim di setiap acuan. 

3) Aku gunakan bekas acuan yang kecil, jadi setiap acuan tu boleh muat satu keping biskut Oreo je. Kalau korang nak buat dalam bekas acuan yang besar pun tak jadi masalah. Lain orang lain taste kannn ^^,

4) Lepas tu, bila semua acuan dah diisi dengan bahan bahan tadi, korang perlu kukus dalam masa 10 minit sahaja.


Okay inilah Caramel Yogurt Mareo setelah dikukus. Kalau korang nak makan sejuk sejuk, boleh lah disimpan dalam fridge. Kalau yang dah tak sabar nak makan tu, boleh aja makan panas panas macam tu hehe. 


Sebab nak masuk contest punya pasal, usaha jugak hias resepi ni sehabis boleh haha. Tak nak kalah tuuu. Well kalau korang ingat, yang hitam di bahagian bawah sekali tu adalah biskut oreo dan topping nye adalah bahan bahan yang dikisar tadi.

Haa kan aku dah tulis awal awal tadi, memang tak akan ada resepi macam gini dekat kedai kedai ye. Tak akan. Memang tak akan. Memang tak ahh. Mana nak cari resepi mudah macam ni. Bahan bahan yang confirm murah dan ambil masa 20 minit je? Hanya di belogniakupunye.blogspot okayyy!


 Yang penting gunalah Nestle Natural Set Yogurt!

Bagi yang nak mencuba Natural Set Yogurt dari Nestle untuk masakan yang lain yang memang confirm tip top tu boleh ke sini ye: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset


Thanks for reading ya!





Monday, 24 June 2013

Resepi Ori Kelantan: Cek Mek Molek

Assalamualaikum =D

Dah dua minggu pekena resepi ni. tapi busy punya pasal tak sempat nak update dalam belog ni haa. dalam insta ada lah jugak. ohh nampaknya insta dah jadi dunia kedua aku untuk update kehidupan yang penuh carca marba nih. so follow my insta @ainsyazanajamaludin if you don't mind hee.

ok lah cek mek ni kuih tradisi kat kelate. manis lembut dan memang umphhh. ahh dah kecur balik air liur nih. so disebabkan resepinya melampau punye senang so aku berjaya buat sensorang. yeayyy saya sudah besar!

Bahan-bahan yang senang dan dijamin tak membazir duit biasiswa korang:


1) Ubi keledek (tak kesah kaler ungu ke oren ke kuning ke)
2) Tepung gandum (tak sampai satu plastik)
3) Gula

Cara-cara yang super duper mudah:

1) Rebus ubi sampailah empuk (lagi empuk lagi senang keje korang nak lenyekkan ubi tu nanti)


2) Lenyekkan ubi sampai betul betul lumat


3)Tambah tepung gandum ke dalam ubi yang dilenyek sedikit demi sedikit
    (jangan tambah gandum banyak sangat, takot nanti keras pulak lahai cek mek korang tu hee)


4) Kemudian bentukkan adunan tadi ikot bentuk yang korang suka. basically bentuk cek mek adalah bujur. tapi kalau kena orang yang macam aku ni yang suka main masak masak memang tak ahh aku nak buat bentuk bujur je haha.

 masukkan gula. jangan terlebih gula pulak sebab takot terbocor pulak masa goreng nanti.


5) Lastly, goreng menggunakan api yang kecil. biarkan kekuningan dan hidangkan! mudah kan?


selain bentuk bujur, aku dah inovasikan cek mek ni jadi bentuk bulat dan hati. ha ala ngada je taw nak buat banyak bentuk bagai. bukan ape sebab kat rumah ni ada budak kecik. so punya lah nak attract diorang, aku buat macam macam bentuk. fun jugaklah bila buat cek mek versi bulat dan hati ni haha.





so let's try it. kuih tradisional tak bermakna tak boleh dimodenkan. iye ke tidokkk?


thanx for reading!

Thursday, 24 January 2013

resepi triffle mudah 14 minit 28 saat!

Assalamualaikum

aci tak buat entri resepi tengah tengah malam buta? hihik. kalau nak ikot jari jemari mulus nih, memang idok lah nak update kat belog kan. tapi terpikir jugak nak share sesomething dekat korang. hurmmm jadi tengah malam pun tengah malam laa. janji tak de la kena vakuum level namblas belog neh +___+

alkisahnya, semalam ada pekena resepi triffle. alah konpem sangat ramai yang dah cuba kan. aku nih baru menapak kat rumah terus gatal tangan nak buat. ewwww pelis lah! oke dah tak de mood nak taip panjang panjang. jom aku ajar korang! (tangan ke bahu mata ke atas)



bahan bahan:

1. tepung kastard
2. kristal jeli
3. susu cair 1 tin
4. buah campur (optional, kalau korang nak letak topping lain pun boleh)
5. air dan gula, ikut korang punye calory's level  ^^,


cara cara (3 layer, dari atas, jeli, kastard dan kek)


(Jeli)


1. macam biasa, masakkan jeli dengan air
2. kacau, kacau dan kacau

(Kastard)


1. korang masukkan susu cair 1 tin bersama air (sukat ikut tin susu tadi)
2. kemudian campur dengan tepung kastard
3. tambahkan gula sesedap rasa, kacau mereka mereka ini sampai sebati

(Kek)

1. okey, senang cerita kami hanya gunakan London Swiss Roll. tak kisah flavour ape pun :)
2. kek disusun di bahagian paling bawah bekas


macam gini

okey, sekarang bila semua bahan bahan di atas dah siap, kita hanya perlu masukkan ke dalam bekas bekas yang tersedia dengan kek tersebutttt.



haa ini yang optional aku bagitahu tadi. sesetengah orang tak nak bubuh buah. but yaa its depend on your creativity. nak nampak lagi colourful, aku tambah ceri merah hijau hihik


last step! lapiskan dengan jeli dan sejukkan ke dalam fridge (sampai tahap sejuk gigi korang boleh tahan)


yeayyy my homemade triffles are ready!!!

thank you for spent some time :)


thanx for reading!