Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Sabah Trip: Perempuan dan Mutiara (Tips Beli Mutiara Ori)

Assalamualaikum and evening alls!

Tetiba terfikir kenapa orang putih ni suka buat kita pening ha. Sekarang kan malam langit dah gelap bulan pun dari tadi muncul tapi kenapa nak jugak cakap evening? Kenapa tak cakap good night je? Dan dan maksud dia selamat malam kannnn? Kenapa kenapa kenapa?

Ahh sudah aku ni. Memang kepala otak kurang betol semenjak duduk goyang kaki aje kat rumah. Haih laaa.

Anyway I am Ain Syazana your super talented host for today Jalan Jalan Cari Mutiara programmmmmm!


Sabah memang lah tak boleh nak lari dari mutiara sebagai tourist eyes catching. Tak kesah orang Malaysia ke luar Malaysia ke datang sini wajib cari mutiara. Dah kenapa engko? Sebab murah lah der. Bagi aku sendiri mutiara kat sini bukan murah tapi habes murah tahu tak? Jadi memang rugi tahap nangis air mata kucing lah kalau datang sini tapi simpan duit takmo beli mutiara. 


Kalau sebut pasal mutiara ni pulak mesti ramai terbayangkan rantai mutiara aje. Tak pun mutiara nan sebijik tu kan. Nak nak kaum adam nih. Dorang ape tahu haha. Tapi zaman sekarang memang tak ah nak ada rantai mutiara je. Semua jenis accessories pun dorang buat dengan mutiara okay. Dari gelang, rantai, tasbih, jam pun ada tau!

Gambar kat atas ni adalah kerongsang mutiara. In case korang tak cam la hee. Satu set RM 5 je. Murah. Lagi rasa berbaloi sebab semua ni made by original mutiara. Alahai kenapa goda aku sampai macam ni sekali haa?


Bagi gelang mutiara pulak, macam macam saiz yang korang akan jumpa. Dari yang baby sampai lah nenek moyang baby punya saiz. Tapi kalau tak ada jugak saiz yang berkenan atau pun saiz ngam tapi tak berkenan lah pulak design nya, korang boleh request untuk potong sikit gelang tu bagi ia nampak cantik di tangan dan make sure perempuan lain jeles tahap tak boleh blah dengan korang bhahaha. 


Okay biasanya kalau nak beli mutiara yang murah ni korang boleh beli di pasar betol betol dekat Pasar Philiphino. Tapi jangan beli dalam Pasar Philiphino pulak ye! Jangan okay jangan! Mahal tahu dak. Ini top secret antara tourist hihi. Pasar yang jual mutiara murah murah ni pulak akan buka waktu malam. Mesti korang curious giler kan adakah mutiara kat pasar malam tu ori? Nama pun pasar malam takkan ori kot? Eh mesti tak kan kan kan? Hurmm inilah masanya korang boleh habiskan duit beli mutiara di pasar malam tanpa ragu ragu sebab kebanyakan mutiara nya ORIGINAL? Camane nak tahu? Okay jap lagi aku reveal ye.



Semua ni untuk diri sendiri. Tak kurang tak lebih. Sebab bagi aku, perempuan, memang wajib guna semua jenis barang ni. Nak pergi kerja ke pergi kelas ke memang wajib guna kan. Dan macam yang aku tulis kat atas tu, kat sini tak terhad pada jewelleries untuk perempuan sahaja. Kaum laki pun boleh shopping mutiara jugak. 


Selain dari tasbih, lelaki boleh shopping butang baju melayu tau. Boleh la buat pergi mesjid tak pun buat raya kannnn hee. 


Aku memang suka mutiara. Nak nak sejak baca english literature 'The Pearl' masa Form 5 dulu haha. Lagipun mutiara ni aku tengok putih suci aje. Hah memang kena lah dengan colour favourite aku kan.  Yang mutiara sebijik macam ni aku beli satu untuk Ma dan satu untuk aku. Boleh lah letak kat rantai lepas nih hihi.




Hidup berkawan ni mana boleh lupa kawan kan. Pergi mana aje mesti kena wajib ingat tau. Tak kesah lah kawan jauh ke dekat ke. Kawan media sosial ke kawan makan kawan ke. Upsss! So disebabkan kawan kawan rapat aku semua nya kaum hawa, aku belikan gelang mutiara sorang satu. Dah jangan nak gaduh gaduh pulak lepas ni haha. 


Mutiara ni banyak jenis warna. Yang aku beli ni warna putih dan dark silver. Ada jugak warna peach. Memang cantik dan rambang mata habaq hang! Tapi tu lah kena cari yang betol betol puas hati dan yang penting murah dan ori.

Okay meh sini aku kongsi camane nak dapatkan mutiara ori.

1) Kalau mutiara yang menggerutu sikit tu confirm mutiara ori. Tapi ia hanyalah dari air tawar. Sebab tu tak licin mana. Bagi sesetengah orang nak saving, mereka akan beli yang ini.

2) Nak dapatkan yang licin dan cantik berkilau pulak, korang kena spent duit lebih sebab mutiara ori dari air masin ni mahal sikit. Sikit aje la. Jangan risau. Tapi yang korang perlu risau adalah jangan pulak terbeli mutiara palsu ataupun orang kata manik.

3) Dan mutiara ori ni lebih berat dari yang palsu. Cuba cubalah bandingkan mutiara kat tangan kalau nak beli tu ye. 

4) Mak cik dan akak yang menjual mutiara ni biasanya akan bagitahu korang awal awal yang mana ori dan tak. Jadi jangan nak gelabah sangat lah okay? Tapi korang boleh jugak kalau nak berlagak macam wartawan majalah 3 tanya itu ini. Bukan apa untuk tambah pengetahuan korang jugak kan hehe.


Ini je lah yang dapat aku kongsi tentang mutiara di Sabah. Kalau nak tahu lagi pasal Sabah tunggu next update ye. Dan kalau yang malas nak tunggu tu jemput baca first update tentang Sabah di Sabah Trip: Rumah Terbalik (Upside Down House), Ranau.



Thank for reading ya!


Monday, 25 July 2011

tips untuk hiking @ climbing @ jungle trekking etc

assalamualaikum dan selamat petang!

sebab utama ak create entry ny adalah disebabkan keprihatinan ak kepada sesape yang teringin nak hiking @ climbing @ jungle trekking ke tapi tak tahu ape yang patot kowang prepare sebelom ke sana..bagi yang dah biasa buat semua mende tuh tak de hal punya lah..tapi bagi aku yang baru dua kali panjat panjat gunung neh haruslah bersedia fizikal dan mental..sebab anything can happen bile kowang dah ade kat atas sane..okeh tak nak cakap manyak lets cekidout bebeh!

1. pakaian yang cukup

yang ini sangat essential bagi yang first tyme panjat bukit @ gunung..esp. yang nak bermalam kat atas sane..like sweater sebab for sure lah suhu atas gunung sejuk an..selain baju dan seluar yang sesuai dengan keselesaan, kowang kene pastikan pakaian yang kowang bawak tuh jenis yang tak berat..i mean dye punye fabrik sebab bilew dah terpaksa berendam dalam air kew lumpur kew tak de susah sangat nak jalan..bilew susah nak jalan mula lah kowang kene tinggal pastuh nak salah an owang laen..hee..dan pastikan seluar tak terlampau ketat nanti susah nak melangkah

2. makanan yang tak menyebabkan sakit perot dan memberi tenaga

okeh macam yang dah kite tahu bile nak camping kew nak panjat gunung kew mesti kene ade sardin an..yaa itulah yang terbaek untuk perot kowang..sebab jarang sangat ak denga owang makan sardin sakit perot memulas mulas..hee..tapi kalau lah kowang ny jenis yang tak suke sardin kowang boleh sediakan awal awal maggi..tak pum yang jenis fanatik roti macam ak neh haruslah sediakan roti se bun dua..sebab ape ak bagi warning awal awal kat kowang jangan bawak makanan sebarangan?..sebab nye bilew dah sakit perot, susah kowang nak berry..toilet memang ade tapi toilet bergerak lah..haha..plus bilew sakit perot neh susah nak teroskan perjalanan ye tak..untuk makanan yang bagi tenaga tuh like glucose, cokelat

3. air

okeh ak nak promote air 100 plus jew sebenanye..haha..tapi siryes air neh boleh bagi kowang tenaga yang lebih selain rase nye yang masam masam manis dan sejuk..air mineral sangat wajib okeh!



4. kasut

oh ya lupe pulak pasai kasut an..kowang kene make sure kasut yang kowang pakai kukuh dan sesuai dengan saiz kaki kowang lah..bukan ape bile kat atas sane nanti mane taw terpijak pape kew..tak de lah mudah rosak an..kalau boleh kasot plastik..i mean yang jenis tak de kanvas sangat laa..kalau yang ade kanvas neh rumit siket sebab bilew masok dalam air jew mesti jadi berat susah nak jalan lagi dah..yang neh kira same lah dengan pakaian kowang..dan tak lupe jugak selipar jepun haha..penting in case kowang nak pi amek wuduk atau pum mandi

5. kain sembahyang bagi muslimah

bagi yang suke solat gune the ori kaen sembahyang its ok beb..tapi to me kalau rase macam nak jimat ruang beg boleh jew solat gune baju yang sedia ade..tapi kene make sure menutup aurat okeh..cume kene sediakan stokin jew..yang penting selagi pakaian kowang still bersih dari segala najis melainkan lumpur..senang kan?

6. minyak angin + ubat

this is much important guys..wajib bawak walaupum kowang memang jamin yang kowang takan sakit punye..tapi naseb sape yang taw an..macam ak neh tak pernah nye nak bawak pape ubat baek di hostel atau panjat gunung..so conclusion nye kene mintak membe punye..so annoying!..untuk yang memang dah sakit kowang kene bawak ubat kowang sebab mungkin owang laen tak bekalkan

7. lain lain keperluan

kalau rase tangan tuh tak berape nak kebal kowang kene sediakan glove..lagipun kalau ade glove senang siket nak pegang ape ape yang tajam..then torchlight dan bateri tambahan..



oke tuh jew laa kowt yang dapat ak share sebab ak pum bawu dalam dunia hiking neh..ceyhh belagak betoi..tapi rasenya macam dah tanak join kowt hiking bagai neh..adventure kowt!

p/s : kalau nak bagi beg kowang ringan make sure letak barang yang berat kat bahagian atas like botol air yang besa tuh kew..dan pakaian di bahagian bawah..haruslah jugak sediakan plastik yang maha besa untuk melindungi barang barang anda dalam beg tuh in case kehujanan!


thanx for reading!