Sponsored Post Opportunity:
NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge
Smoothies De Mareo
Assalamualaikum readers!
Nah kali ni pulak aku nak share satu lagi resepi original dari aku sendiri iaitu Smoothies De Mareo. Kenapa Mareo? Sebab bahan utama resepi ni adalah tak lain tak bukan Kurma dan Oreo!
Resepi yang menggunakan Nestle Natural Set Yogurt yang aku buat sebelum ni adalah kategori dessert. Jadi memang sesuai sangat lah kalau dimakan bersama Smoothies De Mareo ni. Okay jom aku share resepi super duper mudah ni.
Penyediaan Masa Memasak: 7 minit 14 saat
Jenis Resepi: Minuman (Beverages)
Bahan bahan Utama:
1) Nestle Natural Set Yogurt
2) Kurma 7 Biji (Dibuang Biji)
3) Biskut Oreo 3 Keping (Di buang Krim)
4) Susu Pekat 1 Sudu
5) Air
6) Ais secukupnya
Langkah 1: Kisar Nestle Natural Set Yogurt + Kurma + Susu Pekat + Air + Ais
Langkah 2: Hancurkan Biskut Oreo
Biskut Oreo yang telah dihancurkan kecik kecik
1) Campurkan biskut Oreo yang dihancurkan tadi ke dalam bahan bahan yang telah dikisar (Langkah 1) seperti gambar di atas.
2) Hiaskan Smoothies tersebut mengikut kreativiti anda anda andaaaaa!
Tadaa da siap pun Smoothies De Mareo ni. Resepi yang tak sampai pun 10 minit okay. Sambil sambil update dekat Facebook, Instagram pun boleh lagi siapkan Smoothies De Mareo ni taw. Memang tak rugi pun.
Kalau minum Smoothies ni waktu petang petang macam ni memang umphhh lah. Nak nak makan dengan Caramel Yogurt Mareo pulak! Alahaiii ^_____^
Nestle Natural Set Yogurt
Dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ni memang tak akan hampa langsung. Serious! Semua masakan boleh jadi marvellous kalau guna produk ni okay. Tak percaya? Nah sila klik sini: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset
Thank for reading ya!