Thursday, 3 October 2013

Makan-Makan : Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda

Assalamualaikum readers!

Duduk di rumah tanpa ada kerja tetap ni boleh buat aku gila. Gila sikit je la tapi hihi. Mana tak nye kalau dulu banyak nau kerja, assignments, project bagai nak kena settle tapi sekarang iols kerja goyang kaki jerrr haha. So mula lah rasa bersalah pada diri sendiri sebab ada masa lapang tapi tak reti reti update belog kan.

Okay sempena Hari Malaysia itu hari, aku dan sorang best friend kat uni plan keluar jalan jalan. ye lah orang bagi cuti kita just grab the chance lah kan hee. bukan ke mana pun. setakat Alamanda tu je. dekat dan tak membazir duit aku!

Sebab sebelum keluar tu perut belum diisi, nak nak lepas joging (puji diri sendiri lima saat) kitaorang decide pergi brunch la. so teringat la plan bulan puasa kami yang tak jadi hari tu. plan nak bukak puasa dekat Garden Restaurant. senang cerita kitaorang sambung plan tu biar menjadi hihik.


Semua orang tahu Garden Restaurant ni ala ala english restaurant punya style. putih suci gituuu. penuh dengan bunga bunga fresh dalam pasu besar tambah pulak ada piano perempuan mana yang tak nak masuk hoiii! dari segi interior dia aku memang tabik lah.

Aku tentu tentu la nak pilih hot seat kannn. jadi aku duduk kat buai. fefeling garden lah sangat. tak nak kalah tuuu. tang nak makan je mula la nak resah gelisah. mana taknya asyik bergerak je aku punya seat ni haha

 Air yang menepati citarasa aku hari tu adalah ini. Oreo Blended! Tengok gambar dalam buku menu terus berkenan. dan memang tak menyesal order. rasa nak tambah dua gelas kau! haha. so this is highly recommended ^^,


Sebab tak nak kasi ketat perut masa pusing pusing Alamanda nanti, aku pilih makanan yang lite sahaja. menu ni kira signature restaurant ni la. tak hado kat restaurant lain. tapi buat kat rumah boleh je sebenanya hihi. so meet Garden White Loaf Sandwich! ok note here, french fries dia memang kalah McD punya okayyy. fresh and fabulous gituuuu.

menu yang kawan aku pilih ni pulak, aku pun dah lupa namanya. ala ala chicken chop la. tapi seriously this is sooo fantastic. ayam yang lembut senang nak kunyah tambah pulak sos bbq yang tak muak. yang ini pun highly recommended!

tujuan utama hanya untuk bergosip jadi memang tak sah lah kalau tak order dessert kan.sebab nya nak tambah masa berfoya foya dalam restaurant tu. dah alang alang charge mahal nau kita main buai puas puas ye dok hee. so tilik punya tilik dua dua berkenan dengan Japanese Pudding ni ha. sekali makan mak aih puding caramel je sebenanya. haihh la kena tipu dengan branding daa huu.

mahal memang la mahal. tapi kalau untuk reward ourself sekali sekala tak salah rasanya kan. lepas ni kena belajar simpan duit dalam tabung lah jawabya kalau nak makan best best lagi hihi.

 maka dengan ini sekian sahaja kisah di Garden Lifestyle Store & Cafe Restaurant ye readers sekalian. nanti bila aku makan sedap sedap lagi aku update lagi. nak pancing duit korang punya pasal haha.


Thanx for reading!


2 comments:

Zul Fattah said...

perghh.. sedap make..? harga tu 79 ko? biar betul?

Ain Syazana said...

yup 79 fatah. make 2 ore. mu tgk la caj dye tuh. mahal lebih dr makanan haha