Monday 18 November 2013

Resepi Beverages: Smoothies De Mareo

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

 
Smoothies De Mareo

Assalamualaikum readers!

Nah kali ni pulak aku nak share satu lagi resepi original dari aku sendiri iaitu Smoothies De Mareo. Kenapa Mareo? Sebab bahan utama resepi ni adalah tak lain tak bukan Kurma dan Oreo!

Resepi yang menggunakan Nestle Natural Set Yogurt yang aku buat sebelum ni adalah kategori dessert. Jadi memang sesuai sangat lah kalau dimakan bersama Smoothies De Mareo ni. Okay jom aku share resepi super duper mudah ni.

Penyediaan Masa Memasak: 7 minit 14 saat
Jenis Resepi: Minuman (Beverages)

Bahan bahan Utama:

1) Nestle Natural Set Yogurt
2) Kurma 7 Biji (Dibuang Biji)
3) Biskut Oreo 3 Keping (Di buang Krim)
4) Susu Pekat 1 Sudu
5) Air 
6) Ais secukupnya


Langkah 1: Kisar Nestle Natural Set Yogurt + Kurma + Susu Pekat + Air + Ais

Langkah 2: Hancurkan Biskut Oreo 

Biskut Oreo yang telah dihancurkan kecik kecik


1) Campurkan biskut Oreo yang dihancurkan tadi ke dalam bahan bahan yang telah dikisar (Langkah 1) seperti gambar di atas.

2) Hiaskan Smoothies tersebut mengikut kreativiti anda anda andaaaaa!

Tadaa da siap pun Smoothies De Mareo ni. Resepi yang tak sampai pun 10 minit okay. Sambil sambil update dekat Facebook, Instagram pun boleh lagi siapkan Smoothies De Mareo ni taw. Memang tak rugi pun.

Kalau minum Smoothies ni waktu petang petang macam ni memang umphhh lah. Nak nak makan dengan Caramel Yogurt Mareo pulak!  Alahaiii ^_____^

Nestle Natural Set Yogurt

Dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ni memang tak akan hampa langsung. Serious! Semua masakan boleh jadi marvellous kalau guna produk ni okay. Tak percaya? Nah sila klik sini: http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset


Thank for reading ya!



6 comments:

Montana said...

wowww...sedapnya..tahniah2 sebab berjaya teka novel sherlock Holmes...1408 mukasurat

Ain Syazana said...

Montana: tq hee. Anyway tahniah jgk sbab dpt teka novel sherlock holmes tu :)

Anonymous said...

sedap2. hehe nak2 ada oreo mesti rasa dia lg awesome. :)

Azahairi said...

Sedap nya nak try lah

Ain Syazana said...

asha hana: hehe fanatik oreo rupenye ye. sy suke letak oreo nak kasi crunchy hehe. baru tak muak minum :)

Ain Syazana said...

Azahairi: hehe must try. recommended ni! :)