Alhamdulillah tak sangka betul aku memang istiqamah update travelogue aku kat Sabah itu hari hee. Walaupun ingat tak ingat je tempat yang sempat singgah tapi nah ini dah masuk kali ke 3 update pasal Sabah bah.
Pasar Kraftangan aka Pasar Filipina
Ramai yang kenal Pasar Filipina berbanding Pasar Kraftangan. Aku pun sama sebenanya haha. Mungkin kalau cerita Pasar Filipina tu dekat kawan kawan fefeling pergi oversea gituuu. Okay senang cerita, pasar ni terbahagi kepada dua bahagian. Pasar basah dan pasar kering. Pasar kering more to kraftangan dan cenderahati. Sebab tu la orang panggil Pasar Kraftangan kot. Kalau pasar basah ni pulak more to hasil laut diorang dan snek snek khas orang Sabah buat.
Di pasar basah ni, memang senang untuk kita sebagai tourist nak cari snek snek yang hanya ada di Sabah dan yang paling penting murah sangat sangat. Dah la murah boleh tawar menawar lagi.
Bukan setakat murah, boleh try banyak mana yang kita nak pulak tu. Aduhh baik hati betul makcik makcik Sabah ni kan hee. Om nom nomm
Haa bagi yang memang suka ikan masin, udang kering, sotong kering boleh aje beli kat sini. Selain memang murah, korang ada banyak pilihan berbanding tempat tempat lain. Fresh pulak tuuuu.
Dalam banyak banyak benda, ini yang paling buat aku terharu. Sebab kami beli stok makanan terlampau banyak, jadi makcik yang kecik molek ni bungkuskan kesemuanya makanan kami tu dalam kotak tanpa sebarang caj okay! 3 kotak kau haha. Kalau datang Pasar Filipina, singgah la kat gerai No. 18 ye. Confirm makcik ni bagi layanan high class hehe.
Amplang
Snek Amplang ni agaknya dah bertahun jadi snek kami sekeluarga. Apa tak nya, ada aje orang bagi buah tangan kan. Amplang ni memang sangat best sebab tak muak. Dah macam jajan yang selalu beli zaman hingusan dulu dulu.
Blinjo
Blinjo ni first time aku makan. Rasa dia ala ala manis campur pahit sikit. Bagi aku sendiri, memang tak berapa la. Makan je sekeping rasa pahit makan sekeping lagi pahit. Hurmm kureng sikit.
Angry Birds
Haa yang ini pun first time aku try dan memang tak menyesal langsung. Betol taw! Macam Amplang jugak, snek Angry Birds ni tak akan muak. Nak nak ada tiga perisa. Cheese, Chicken and Curry. Kalau pergi Sabah yang ni memang recommended beli ye semua.
Rumpai Laut Gred AAAA
Penat jugak nak throwback semua ni kan huhu. Nasib baik ingat jugak beberapa kerat. Okay la nanti aku update lagi ye semua nyeee hee
thanx for reading ya!
10 comments:
Best betul sya pi Sabah .Saya Baru pi tahun lepas Tapi tak sempat nak shopping gila2. Sebab ikut geng daki kinabalu .Turun dari gunung terus nak balik semenajung. Singgah kejap ja kat pasar beli barang pun kalut-kalut. Ingat nak repeat balik la ...Tapi tak tau rezeki bila pulak boleh pi .
salam..
wahh beshnye..bnyk beli jajan ea..
sedap je tgok..lebih2 lg yg amplng tu..tu mmg sedap tu.. ^,^
Azahairi: Pompuan kan kuat shopping hihi. anyway bez la da dpt hiking kat gunung kinabalu. salute!!! hehe
Cik Yaya: wsalam. haah bez sgt beli byk2 nih. balik rumah tak smpai seminggu semua da habes makan haha
amplang! dulu masa kat matrik labuan selalu suruh member2 sabah bawa amplang balik matrik. hehe
amplang sedap! will going to sabah tomorrow!! tak sabar :D
Aisya: yup amplang da jadi fevret da skang ni hehe.
fyezrahman: ok jangan lupa beli amplang byk2 taw!!! hehe. enjoy ur holiday :D
snek angry bird tu memang sedap :)
Bulan Syurga Firdaus: yup memang sedap pun hehe. da lame tak bw blog awak. harap ada masa bw sana :)
Post a Comment