Sunday 24 August 2014

Sabah Trip: Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Assalamualaikum

Keseorangan di rumah pada hujung minggu telah membuatkan diriku menulis entry dua kali dalam sehari. Apakah?!

Sebenarnya aku nak sambung cerita pasal trip ke Sabah hujung tahun lepas. Eh ye ke? Lupe pulak sebab macam dah lama tapi kenangan tu macam baru semalam pergi. Poyo. *pang sebijik

Desa Cattle Dairy Farm ni orang kata macam Switzerland versi Sabah. Sebelum pergi Sabah itu hari verangan jugak lah nak datang sini. Tup tup my wish granted. Thank youuu orang orang berkenaan haha.


Adakah kerana lembu lembunya seperti lembu di Switzerland lalu mereka menamakan ini Switzerland versi Sabah? Atauuu


Kerana angin yang maha sejukkkk yang mana aku terpaksa sentiasa kelihatan ayu memegang tudung all the time? Wkwkwkwk

Tapi seriesly tempat ni memang best yang korang patut singgah bila datang Sabah. Janji okay?

Tak cukup dengan sejuk, kat sini ada jual produk yang berasaskan susu lembu. You name it, susu, ais krim, waffle ais krim. Dan tak lupa jugak key chain, fridge magnet sebagai buah tangan untuk orang semenanjung. Omagaddd!


Makan ais krim lemak manis pada suhu Switzerland. Korang paham tak macam mana rasa dia haha


Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang ni memang fuhh mencabar giler perjalanannya. Berapa kali entah aku tertido dalam kereta walaupun kereta belok kiri belok kanan sesuka hati. Sebab Kundasang ni kawasan berbukit. Macam Cameron Highlands gitu. Tapi bila sampai sini memang worth it orang kata. Dengan sayur dan buah fresh dijual  di tepi jalan. Terus rasa nak stay Kundasang seumur hidup haha.


Sebelum balik sempatlah jugak bergambar dengan lembu lembu sambil fefeling di Switzerland. Konon sangat haha.


Sebab susu lembu dia memang wallahhh so kitorang beli 3 4 kotak bawak balik hotel haha. Rasa susu coklat dia memang ingat sampai sekarang tau. Bila dapat peluang pergi lagi confirm aku borong lagi susu ni hihi.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang aku sempat pergi kat Sabah tu, tapi tunggulah entry lain ye. Mohon sabar dan mohon diri sendiri rajin update blog :)


Thanks for reading!

7 comments:

Anonymous said...

My brother recommended I might like this web site. He was once totally right.
This post actually made my day. You can not consider just
how much time I had spent for this information! Thanks!


Look into my webpage ... numero de carte de credit piraté

Anonymous said...

Wow, that's what I was seeking for, what a information! existing here
at this webpage, thanks admin of this website.

Also visit my homepage - sell house rent back

borneofullforce said...

Anyone want to visit Sabah? We at Borneo FullForce Tours & Travel can arrange it for you!

Contact us:
(O) 088386380
(M) 019-8856318
(e) info@borneofullforce.com

Visit our website for more information at
www.borneofullforce.com

Anonymous said...

Bestnyaaa, hulu check it out my free trip pergi Shanghai pulak :)

Anonymous said...

nice experience....

btw cuma nak tegur bukan switzerland, tp new zealand...myb perlu edit balik entry ni.

Saya dah pnah pg switzerland, situ lembu takde pun. dia ada nature dan bangunan lama, tp salah satu tempat tercantik kat dunia..

satu hari saya teringin nak pg new zealand pulak. sementara tu ke kundasang dl. Malaysia pun ada tempat2 yg cantik

Sally Samsaiman said...

insyaAllah nak kesana hujung tahun..huhuhu

Ain Syazana said...

sally samsaiman: make sure try susu die okay? hehe.